Jamal Wajar Ditumbuk Ekoran Tindakannya - Seai Kie - Semasa | mStar

Jamal Wajar Ditumbuk Ekoran Tindakannya - Seai Kie

Heng Seai Kie.

PETALING JAYA: Pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos wajar dipukul di bahagian hidung kerana mencemari semangat Barisan Nasional dan 1Malaysia, kata Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie.

"Walaupun beliau merupakan pemimpin Umno, tetapi beliau telah mencemari semangat Barisan dan 1Malaysia yang mendukung keamanan, keharmonian dan perpaduan di negara ini.

"Lagaknya seperti pihak pembangkang atau pro-pembangkang yang tidak melakukan sebarang perkara yang konstruktif tetapi mencetuskan kekecohan dan memburukkan imej kerajaan dan negara," kata Seai Kie dalam satu kenyataan pada Rabu.

Seai Kie berkata, tindakan Jamal itu hanya memberikan perhatian dan simpati kepada Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Ahli Parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Jamal dan para penyokongnya pada 13 November lalu mengekori Zuraida dan penyokong Bersih di kawasan parlimennya, dengan mengherdiknya sebagai kumpulan LGBT.

Keadaan itu membawa kepada pertembungan antara kumpulan Baju Merah dan pihak polis di pusat membeli-belah Ampang Point, sehingga mengakibatkan Jamal mengalami pendarahan hidung, manakala dua lagi penyokong Baju Merah ditahan.

Seai Kie berkata: "Melucukan apabila melihat seseorang seperti Jamal yang mendesak supaya 'peperangan dan pertumpahan darah' sepanjang masa, akhirnya telah ditumbuk di hidung.

"Selama ini beliau telah mengeluarkan amaran dan melakukan kekerasan. Apa yang dialaminya sememangnya adalah wajar!"

Beliau turut menyelar ancaman Jamal terhadap Zuraida dan petugas partinya.

Seai Kie berkata, "Kita mahu polis mengambil tinadakan yang lebih keras terhadap Jamal dan kumpulan Baju Merah berikutan 50 laporan polis dibuat terhadap beliau dan Baju Merah.

"Kami mahu pihak polis untuk mengambil tindakan lebih keras terhadap kumpulan Baju Merah dan Jamal mengikuti 50 laporan polis yang dibuat terhadapnya dan gerakannya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Waspada ‘Pembangkang Senyap’ - Zahid

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain