suria

Adenan Komited Pastikan Malaysia Terus Stabil, Bersatu

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata beliau komited untuk memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara stabil dan bersatu padu, tanpa wujud perasaan benci-membenci dan curiga-mencurigai dalam kalangan rakyatnya. 

"Bagaimanapun, sudah banyak kali saya nyatakan secara tegas bahawa saya juga tetap komited untuk melindungi dan mendapatkan kembali hak negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional Sarawak di sini, Rabu.

Terdahulu, beliau mempengerusikan majlis tertinggi parti pimpinannya, Pesaka Bumiputera Bersatu.

Mengenai perbincangan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Adenan berkata hasil positif dicapai mengenai isu utama seperti permintaan untuk menambah royalti minyak dan gas negeri serta penurunan kuasa pentadbiran.

"Saya akan jelaskan secara lebih terperinci tentang pencapaian kami setakat ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri dari 21 hingga 30 November nanti,"katanya. -Bernama

Tan Sri Adenan Satem

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain