Viral Palsu Kertas SPM Bocor Bukan Kerja Orang Dalam - Kamalanathan - Semasa | mStar

Viral Palsu Kertas SPM Bocor Bukan Kerja Orang Dalam - Kamalanathan

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P. Kamalanathan menafikan viral maklumat palsu mengenai soalan bocor Sejarah Kertas 1 dan 2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini didalangi 'orang dalam'.

"Saya tidak fikir ia adalah perbuatan orang dalam. Saya percaya pegawai-pegawai kementerian saya tidak akan lakukan perkara seumpama itu," kata  itu pada sidang media selepas Majlis Anugerah Program Patrol Denggi 2016 di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada isu viral berkenaan sehingga mencetuskan kekecohan di kalangan pelajar yang menduduki SPM 2016 termasuk ibu bapa pelajar, merupakan angkara pihak dalaman.

Kamalanathan berkata, wakil Lembaga Peperiksaan Malaysia telah membuat laporan polis berhubung dakwaan palsu itu pada Jumaat.

Beliau menambah, polis mempunyai keupayaan untuk mengesan siapa individu pertama yang menyebarkan viral berkenaan.

"Jangan risau, individu pertama yang menyebarkan viral ini perlu takut," kata Kamalanathan.

Menurut Kamalanathan, Kementerian Pendidikan sedang memantau sebarang isu viral mahupun dakwaan berkaitan dengan SPM.

"Kita sedang pantau sekarang. Kita ada unit UKK (Unit Komunikasi Korporat), semua Jabatan Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan negeri masing-masing memantau isu-isu ini buat masa sekarang," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu kerana ia memberi kesan kepada pelajar dan ibu bapa terlibat.

"Sungguh kejam hasrat dia (pelaku). Apabila viral ini dikeluarkan, minda ratusan pelajar dan ibu bapa mula tergugat mengenai adakah ia (dakwaan) benar.

"Tindakan seharusnya dikenakan ke atas individu ini supaya tiada sesiapa akan fikir untuk mereka mesej salah pada masa akan datang," tegas Kamalanathan.

Rabu lalu, Kementerian Pendidikan menafikan berita tentang kebocoran kertas peperiksaan tersebut seperti yang disebarkan melalui media sosial.

Majlis Anugerah Program Patrol Denggi 2016 dianjurkan oleh syarikat global Sanofi Pasteur dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.

Turut hadir Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan, Dr Rose Nani Mudin dan Pengarah Urusan Sanofi Pasteur  (Malaysia, Singapura, Brunei), Baptiste De Clarens.


SPM , Kamalanathan , Program Patrol Denggi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ringgit Tidak Akan Ditambat - BNM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain