Muhyiddin Tangguh Sokong Kerjasama Dengan Pakatan Harapan - Semasa | mStar

Muhyiddin Tangguh Sokong Kerjasama Dengan Pakatan Harapan

Tan Sri Muhyiddin Yassin
PETALING JAYA: Rancangan untuk menandatangani 'perjanjian kerjasama' antara Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada konvensyen parti itu, Sabtu, belum dapat dilaksanakan, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta penangguhan.

Presiden PPBM yang sebelum ini telah bersetuju untuk turut serta, dipercayai telah meminta penangguhan kerana inginkan lebih banyak masa untuk berfikir tentang kerjasama yang dirancang.

Keputusannya memberi tamparan hebat kepada konvensyen Pakatan Harapan yang akan diadakan pertama kali sejak ia ditubuhkan tahun lepas bagi menggantikan Pakatan Rakyat.

Sumber Pakatan Harapan berkata majlis menandatangani perjanjian untuk mengalu-alukan PPBM ke dalam keluarga Pakatan Harapan sepatutnya menjadi acara kemuncak konvensyen di mana Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ucaptama.

Muhyiddin telah bersetuju dengan rancangan itu pada mesyuarat dengan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan pada petang Selasa.

Sehari selepas mesyuarat itu, Muhyiddin telah berucap pada satu ceramah di Sijangkang, Kuala Langat, di samping Adun Meru Dr Rani Osman dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dari PAS.

Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari (PKR), juga menjadi salah seorang penceramah.

Keesokan harinya, Muhyiddin telah menghubungi pemimpin Pakatan Harapan bagi meminta penangguhan perjanjian kerjasama, bagaimanapun beliau menekankan bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan kandungannya.

Difahamkan Muhyiddin menuntut lebih banyak perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan mengenai hubungan mereka dengan DAP dan Amanah.

Turut difahamkan bahawa Muhyiddin lebih berminat untuk membentuk pakatan pembangkangnya sendiri yang terdiri daripada PPBM, PKR dan PAS.

Gabungan itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Harapan tidak menerima cadangan itu.

Perjanjian pokok kerjasama adalah untuk memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

Perjanjian itu juga menyatakan pendirian mereka mengenai Perlembagaan Persekutuan, Islam, Raja-Raja Melayu, kedudukan orang Melayu, bahasa Melayu, Sabah dan Sarawak.

Perjanjian itu juga menyatakan bahawa Pakatan Harapan akan terus berunding dengan parti-parti pembangkang lain dan agenda Reformasi akan dihormati.

Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS, secara rasmi telah berkubur pada Julai tahun lalu.

Artikel Sebelum

Asas Ringgit Masih Kukuh Walaupun Susut Nilai

Artikel Berikut

Posmen Hina KPN Didenda RM5,000

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain