Bayi Maut Dipercayai Tersedak Bubur - Semasa | mStar

Bayi Maut Dipercayai Tersedak Bubur

- Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia selepas dipercayai tersedak bubur yang disuap pengasuhnya semasa dalam jagaan wanita itu di Taman Pelangi, Juru di sini.

Siti Nurainsyah Norzaman dibawa ke Hospital Seberang Jaya pada 11 pagi Isnin oleh pengasuh berusia 48 tahun itu, selepas bayi berkenaan didapati tersedak dan sesak nafas.

Menurut sumber, pengasuh terbabit menyuapkan bubur selepas Siti Nurainsyah  bangun daripada tidur sebelum meletakkannya di dalam buaian kerana dia mahu ke tandas.

"Bayi itu berjaya diselamatkan melalui bantuan pernafasan kecemasan sebelum dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi Neonatal Hospital Pulau Pinang.
Bagaimanapun keadaannya semakin lemah.

"Doktor yang merawatnya melakukan imbasan CT sebelum mendapati terdapat pendarahan dalam kepala dan mangsa dilaporkan meninggal dunia kira-kira 12.10 tengah malam, semalam," katanya di sini malam Selasa.

Sumber itu berkata hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian bayi berkenaan disebabkan terhentak objek tumpul seperti lantai atau permukaan rata.

Difahamkan, ibu kepada bayi berkenaan yang berusia 33 tahun menghantar bayi perempuannya itu kepada pengasuh terbabit sejak berusia dua bulan bersama anak lelakinya yang berusia lapan tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sama ada kematian bayi itu mempunyai unsur jenayah atau sebaliknya, masih dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001, katanya.

Artikel Sebelum

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain