suria

Mohd Sukri Dilantik Ketua Polis Baharu Daerah Dang Wangi

Mohd Sukri Kaman
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Mohd Sukri Kaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi yang baharu dengan memangku pangkat ACP.

Mohd Sukri menggantikan tempat ACP Zainol Samah yang dilantik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dengan memangku pangkat SAC.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan media berkata Penolong Pengarah Urusetia Hal Ehwal Pesara Polis, Jabatan Pengurusan Bukit Aman ACP Zulkefly Yahya pula dilantik Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi) Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Sementara itu, jawatan Zulkefly akan diambil alih oleh Ketua Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Ahmad Mazlan Yahaya dengan memangku pangkat ACP.

Semua pertukaran itu berkuatkuasa 8 Disember depan.

Artikel Lain