suria

Kurangkan Penggunaan Fluorida - Hilmi Yahaya

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya menasihati orang ramai agar mengurangkan penggunakan fluorida bagi memastikan tahap kesihatan diri terjamin.

Jelas beliau, penggunaan florida mencetuskan perdebatan yang berterusan dalam kalangan pakar dan orang ramai, membabitkan kontroversi bahan itu sama ada mendatangkan kebaikan atau keburukan.

Tambah beliau, ada pihak menegaskan fluorida memberi kebaikan untuk mengekang dan mengawal kerosakan gigi tetapi terdapat juga bantahan bahawa bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan.

"Buat masa ini, kementerian kesihatan tidak menghalang penggunaan fluorida dalam bekalan air memandangkan bahan itu diterima oleh banyak pertubuhan profesional, pertubuhan saintifik, kumpulan pakar dan agensi kerajaan.

"Tetapi pandangan pelbagai pihak berhubung pengambilan bahan itu akan dipertimbangkan dan saya berpesan supaya jangan gunakan fluorida terlampau banyak sebagai langkah keselamatan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran produk pemutihan dan penjagaan gigi, Dr. Sam'S Bio Oral di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Pengarah Penyelidikan dan Pembangungan DC Botanical Science Innovation, Dr Samuel Chin berkata, terdapat beberapa negara yang menolak penggunaan bahan fluorida ini.

“Negara terbabit menolak penggunaan bahan itu sama ada di dalam bekalan air dan beberapa produk lain. Saya rasa lambat laun, kita akan mengambil langkah yang sama.

“Saya pasti kementerian sudah nampak masalah ini. Jika tidak, saya sarankan untuk menggunakan ubat gigi keluaran terbaru ini,” katanya.

Syarikat penjagaan kesihatan, T&T Bio Health Trading dan DC Botanitical Science Innovation melancarkan ubat gigi bebas fluorida, yang kini boleh didapati di farmasi seluruh negara dengan hanya RM16.80 sekotak.

Artikel Lain