PRU-14: Dokumen Campur Tangan Asing Terbongkar - Semasa | mStar

PRU-14: Dokumen Campur Tangan Asing Terbongkar

PETALING JAYA: Strategi Open Society Foundation (OSF)  yang dibiayai jutawan George Soros untuk campur tangan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 terbongkar apabila minit mesyuarat yang membincangkan perkara itu bocor.

Mesyuarat bertajuk "Program Malaysia - Portfolio Ringkasan Hasil Kajian Semula" pada Jun 2015 mendedahkan usaha OSF untuk menyokong masyarakat awam dan Orang Asli, belia, wanita dan warga luar bandar untuk pilihan raya yang bebas dan adil.

Ia dihadiri Presiden OSF, Christopher Stone dan Pengarah Penyelidikan Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

Dokumen itu mendedahkan sokongan OSF khususnya usaha untuk menggembeling penyertaan golongan muda.

Ia turut memaklumkan mengenai peruntukan yang disalurkan kepada jaringan mereka di negara ini.

"Dana yang disediakan jelas menunjukkan kejayaan dalam usaha untuk campur tangan.

"Antara campur tangan terdahulu yang dirancang adalah hasil perbualan dengan pelbagai pihak di peringkat akar umbi yang menggambarkan keperluan rakyat."

Menurut dokumen itu, Malaysiakini dan Kini.tv adalah pihak yang mendapat pembiayaan Program Malaysia untuk membantu mewujudkan suasana pilihan raya yang bebas dan adil.

Dokumen itu juga memaklumkan cabaran yang dihadapi OSF, antaranya kesukaran mewujudkan jaringan, mendapatkan jurucakap dan kritikan media tempatan terhadap Soros.

"Tindakan media tempatan mencerca Soros menyebabkan kami terpaksa melaksanakan tugas dengan senyap dan mengurangkan pendedahan awam. Kakitangan hanya menghadiri majlis awam, bukan program tertutup."

Pembiaya lain yang turut bekerjasama dengan OSF adalah Asia Foundation dan Institut Antarabangsa Republikan yang dipengerusikan Senator Amerika Syarikat, John McCain.

OSF , PRU-14 , Merdeka Center , George Soros

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?