suria

Bot Terbalik: Dua Lemas, Lima Lagi Masih Hilang

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Dua penumpang bot mati lemas manakala lima orang lagi terselamat selepas bot yang dinaiki mereka dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka di Kuala Muda, terbalik.

Bagaimanapun, nasib lima lagi penumpang yang hilang akibat nahas itu belum diketahui.

Dalam kejadian kira-kira 10.38 pagi, bot yang membawa 12 penumpang itu dipercayai terbalik selepas mengalami kerosakan enjin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Nur Hafizah Mohammad Lokman berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.38 pagi dan tiba di lokasi 30 minit kemudian.

Pada masa ini operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, katanya. - BERNAMA


nahas bot terbalik

Artikel Lain