suria

Hadiah Anak Patung Beruang Hangus Dalam Kebakaran

PETALING JAYA: Hasrat seorang warga Nepal untuk menghantar pulang anak patung beruang sebagai hadiah hari jadi anaknya ke negaranya musnah apabila anak patung itu hangus dijilat api pagi Sabtu.

Prem, 30, berkata hadiah itu adalah antara barangan yang mahu dihantarnya pulang.

"Saya baru beli mainan itu untuk anak saya semalam dan ia patut dihantar Isnin ini," katanya kepada Bernama di lokasi kejadian di asrama pekerja di Jalan 2/23 di sini.

Seramai 39 lagi penghuni empat buah rumah kedai itu terjejas dalam kebakaran kira-kira 11.35 pagi tersebut.

Mereka ketika kejadian ada yang keluar bekerja dan bersiar-siar sempena cuti sambutan Deepavali.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Penchala, Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian.

kebakaran, anak patung, warga Nepal

Artikel Lain