suria

Viral: Polis Johor Kesan Kakitangan SPRM Didakwa Dera Isteri

Paparan skrin posting oleh seorang wanita yang mendakwa suaminya, seorang pegawai SPRM telah menderanya dan melakukan keganasan rumah tangga dan menjadi viral di media sosial.
JOHOR BAHRU: Polis Johor telah menerima dua laporan terhadap seorang kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berpangkalan di Segamat kerana dipercayai mendera isterinya.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan laporan polis tersebut pada Jumaat dan berkata mereka sedang dalam proses mengesan lelaki berkenaan.

Beliau berkata laporan itu dibuat berikutan posting oleh seorang wanita yang mendakwa dia didera oleh suaminya, seorang kakitangan SPRM yang kini sedang viral di Facebook.

"Dalam posting viral itu, mangsa menceritakan bagaimana suaminya didakwa memukulnya, mengugutnya dengan parang dan juga memaksanya melakukan seks oral ke atas anak lelaki mereka," kata Wan Ahmad.


Beliau berkata, suspek tidak datang bekerja di pejabat SPRM Segamat.

"Suspek juga mempunyai rekod narkotik di Muar tahun lepas," katanya.

Beliau berkata polis telah membuka dua kertas siasatan dan sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Artikel Berikut

SPM Bermula Pada 7 November

Artikel Lain