Peniaga Pisang Goreng Mampu Peroleh Pendapatan Setaraf Gaji Diploma - Semasa | mStar

Peniaga Pisang Goreng Mampu Peroleh Pendapatan Setaraf Gaji Diploma

PORT DICKSON: Tidak memiliki sebarang sijil pelajaran yang tinggi bukan penghalang bagi seorang wanita untuk memperoleh pendapatan bulanan setaraf dengan gaji pemegang diploma.

Melalui perniagaan pisang goreng, Jumaah Alias, 26, yang meninggalkan alam persekolahan sejak berusia 16 tahun berjaya menjana pendapatan lumayan.

"Saya tidak mempunyai ijazah, diploma, Sijil Pelajaran Malaysia mahupun sijil Penilaian Menengah Rendah namun saya percaya rezeki ada di mana-mana sekiranya kita berusaha," katanya ketika ditemui Bernama di gerai jualannya di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson di sini baru-baru ini.

Jumaah yang menguruskan perniagaan itu bersendirian berkata beliau mampu meraih pendapatan melebihi RM2,000 sebulan hasil jualan pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, laksa dan nasi lemak.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata beliau berniaga setiap hari bermula pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang di lokasi tumpuan pelancong itu dan menggoreng pisang serta cempedak yang dijualnya mengikut citarasa pelanggan berdasarkan kemahiran memasak yang dimilikinya. 

"Pelbagai jenis perniagaan pernah saya lakukan dan banyak kali gagal untuk meneruskan perniagaan kerana tidak mampu mendapat pulangan modal dan keuntungan berikutan kurang mendapat sambutan pelanggan.

"Namun kegagalan dalam berniaga adalah perkara biasa kerana itu semua merupakan proses pembelajaran dalam bidang perniagaan," katanya yang terpaksa berpayung di bawah terik mentari setiap hari.

Jumaah berkata bermodalkan RM500 daripada wang simpanannya untuk memulakan perniagaan itu beberapa bulan lalu dan hanya membayar sewa tapak perniagaan sebanyak RM10 sehari telah membolehkan dia memperoleh keuntungan lebih RM100 setiap hari.

"InsyaAllah kalau ada rezeki lebih saya akan membesarkan lagi perniagaan seperti ibu saya yang membuka gerai makan di Benteng Malam Bandar Port Dickson," katanya.-- Bernama


pisang goreng , diploma

Artikel Sebelum

HSA Terbakar Lagi

Artikel Berikut

Tragedi HSA: Jururawat Stabil Di ICU HSI

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain