Empat Warga China Disyaki Geng 'Macau Scam' Ditahan - Semasa | mStar

Empat Warga China Disyaki Geng 'Macau Scam' Ditahan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur SAC Izany Abdul Ghany (tiga,kiri) menunjukkan antara barang rampasan dalam serbuan 'Op Pelican' pada 19 Oktober lepas pada sidang media Rabu. Polis turut menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga China yang dipercayai terlibat dalam penipuan internet geng 'Macau Scam' di One Metro Pudu Fraser Business Park. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket penipuan internet, geng 'Macau Scam' ekoran penahanan tiga lelaki dan seorang wanita warga China di Lembah Klang pada 19 Oktober lepas. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur SAC Izany Abdul Ghany berkata suspek yang berusia antara 21 dan 24 tahun itu ditahan dalam operasi khas 'Op Pelican' di dua buah rumah di One Metro Pudu, Fraser Business Park di sini pada kira-kira 12.30 tengah hari.

Dalam serbuan itu, polis merampas antaranya sembilan komputer riba dan 17 telefon bimbit pelbagai jenis, 16 peranti OTP Agro Bank of China, empat passport, dua keping kad lawatan dan lima keping kad pengenalan negara China, katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Izany berkata daripada siasatan awal kesemua suspek dipercayai memasuki negara ini menggunakan visa pelancong dan sindiket itu dikatakan menjalankan operasi di negara ini dengan menyasarkan mangsa di negara asal mereka.

"Suspek dikatakan menipu mangsa (di negara asal mereka) dengan menggodam aplikasi QQ (seakan-akan Facebook) milik mangsa dengan menyamar sebagai ahli keluarga mangsa sebelum memperdayakan mangsa," katanya.

Beliau berkata pihaknya percaya sindiket yang aktif sejak Februari lalu itu telah mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil penipuan yang dilakukan.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman sehingga 3 Nov ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Siasatan turut dijalankan di bawah kesalahan Akta Imigresen 1956, katanya.
Macau Scam , Izany Abdul Ghany , Op Pelican

Artikel Sebelum

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain