Askar Wataniah: Khairy, Ahmad Razif, Mohd Irwan Serigar Naik Pangkat - Semasa | mStar

Askar Wataniah: Khairy, Ahmad Razif, Mohd Irwan Serigar Naik Pangkat

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kiri) dan isteri Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Nori Tun Abdullah (kanan) memakaikan pangkat Brigedier Jeneral kepada Menteri Belia dan Sukan, merangkap Komander Rejimen 508 Askar Wataniah itu pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah di Wisma Pertahanan Rabu. Turut hadir Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affendi Raja Mohamed Noor (dua, kiri). -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada Rabu mendahului pemakaian pangkat Pegawai Kanan Sukarela dan Kehormat Askar Wataniah di Wisma Pertahanan di sini.

Khairy yang juga Komander Rejimen 508 Askar Wataniah, dinaikkan pangkat daripada Kolonel ke Brigadier Jeneral, yang mula berkuat kuasa 14 Jan 2015.

Turut dinaikkan pangkat Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman sebagai Brigadier Jeneral Kehormat dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Mejar Jeneral Kehormat.

Majlis itu disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Khairy merupakan menteri pertama dianugerahkan pangkat sebenar dalam Rejimen Askar Wataniah selepas menyertai pelbagai kursus dianjurkan Askar Wataniah, selain ditauliahkan sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilan.

Beliau menyertai Askar Wataniah pada 20 Jan 2010 sebelum ditauliah sebagai Kolonel pada 28 Oktober 2013.

Pernah mengikuti kursus Asas Perajurit Muda selama sebulan pada 26 April 2010 di Rejimen 508 dan Kursus Asas Payung Terjun pada 13 Jan 2011 di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang di Melaka sebelum menjadi Komander Rejimen 508 pada 28 Okt 2013.

Mengulas penganugerahan itu, Khairy berharap lebih ramai golongan belia dan orang muda menyertai Askar Wataniah pada masa hadapan.

"Harapan saya agar lebih ramai lagi golongan belia dan orang muda akan menyertai Askar Wataniah...ia bukan satu perkara mudah, sebab latihan agak lasak dan sukar, namun saya percaya ini salah satu cara terbaik untuk membina disiplin dan menyumbang kepada negara," katanya.

Mohd Irwan Serigar pula menyifatkan penganugerahan itu satu penghormatan besar kepada dirinya.

"Jika ada kursus ditawarkan, saya kalau boleh mahu mengikuti supaya kelihatan sihat kerana setiap pemimpin harus cergas, sihat minda dan sekiranya berlaku keperluan, kita perlu menjadi salah seorang anggota yang boleh menyelamatkan negara," katanya.

Artikel Sebelum

Wanita Poland Maut Dilanggar Bas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain