suria

Bung Moktar Minta Polis Ambil Tindakan Terhadap Bersih

Datuk Seri Bung Moktar Radin
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan  terhadap penganjur Bersih serta anggota pembangkang yang menggalakkan perhimpunan dan melakukan banyak pelanggaran undang-undang.

Beliau berkata penguatkuasaan terhadap penganjuran Bersih dilihat agak longgar.

"Saya minta Ketua Polis Negara tengok rakaman video daripada awal hingga akhir, lihat pelanggaran-pelanggaran dan lihat juga laporan-laporan polis yang telah dibuat... harus diambil tindakan, tangkap mereka, dakwa mereka di mahkamah," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Katanya perhimpunan Bersih juga mengundang perbuatan jahil dan biadab pesertanya termasuk menghina gambar pemimpin.

Sementara itu, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) ketika mencelah perbahasan itu berkata Bersih tidak seharusnya dibiarkan untuk terus menganjurkan perhimpunan mereka.

"Bersih nak perjuangkan keadilan tetapi mereka sendiri tidak ikut peraturan, tak kanlah kita nak biarkan ini berterusan," katanya.
Perhimpunan Bersih 5.0 dijangka diadakan pada November ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain