Peniaga Mengaku Tidak Bersalah Rogol Kanak-Kanak 12 Tahun - Semasa | mStar

Peniaga Mengaku Tidak Bersalah Rogol Kanak-Kanak 12 Tahun

Mohd Ramzdan Abdul Rahman Wong, 24, dibawa anggota polis di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan berasingan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun antara Jun hingga Oktober lalu. Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan dan hakim Najwa Che Mat menetapkan 24 November sebagai tarikh sebutan kes.

ALOR SETAR: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan berasingan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun antara Jun hingga Oktober lalu.

Tertuduh, Mohd Ramzdan Abdul Rahman Wong, 24, minta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut pertuduhan pertama,tertuduhdidakwa merogol kanak-kanak tersebut di sebuah rumah beralamat di Flat Taman Setia Jaya, Langgar dekat sini pada 8 pagi, 18 Jun lalu.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh juga didakwa merogol mangsa di tempat sama pada penghujung bulan Jun, pukul 9 pagi.

Pertuduhan ketiga pula menyebut tertuduh melakukan kesalahan sama pada mangsa di Flat Taman Setia Jaya, Langgar pada 11 pagi, 5 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1)kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya negeri Ana Rozana Mohd Nor dalam prosiding sebelum itu tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Bagaimanapun tertuduh yang kini dalam proses penceraian merayu agar jaminan diberikan memandangkan tertuduh mahu menjaga ibunya yang kini hanya tinggal bersama adiknya.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh yang merupakan bapa kepada tiga anak atas alasan tertuduh tinggal di kawasan flat yang sama dengan mangsa dan dikhuatiri mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 24 November sebagai tarikh sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan.-- Bernama

Artikel Sebelum

Identiti Mangsa Kebakaran HSA Dikenal Pasti

Artikel Berikut

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain