Tindakan Anggota Pembangkang Keluar Dewan Tidak Profesional - Khairy - Semasa | mStar

Tindakan Anggota Pembangkang Keluar Dewan Tidak Profesional - Khairy

SUNGAI PETANI: Tindakan beberapa anggota Parlimen pembangkang keluar dari Dewan Rakyat semasa pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat dilihat satu tindakan yang sangat mengecewakan dan tidak profesional. 

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata walaupun mereka bebas untuk bertindak sedemikian namun sebagai anggota Parlimen, mereka mempunyai peluang untuk membahaskan bajet tersebut di Dewan Rakyat selama dua minggu. 

"Pada ucapan belanjawan saya lihat kita harus mempamerkan tindakan profesional, semalam (Jumaat) ialah peluang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib TunRazak) sebagai Menteri Kewangan untuk bentangkan bajet. 

"Kalau tidak setuju boleh nyatakan dalam ucapan, perbahasan dan sebagainya, ramai yang kecam tindakan tersebut kerana ia kurang matang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fit Malaysia peringkat negeri di sini pada Jumaat. 

Anggota Parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara serta Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak keluar dewan ketika pembentangan Bajet bertema 'Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh' masih berlangsung.

Anggota Parlimen pembangkang turut membuat kecoh dengan mempamerkan plakad bernada sinis sebelum bertindak demikian. 

Khairy Jamaluddin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa