Bajet 2017: Agihan Kad Debit Perlu Selaras Bantuan Sekolah - PIBGN - Semasa | mStar

Bajet 2017: Agihan Kad Debit Perlu Selaras Bantuan Sekolah - PIBGN

PETALING JAYA: Baucar buku yang diganti dengan kad debit pelajar perlu diselaras dengan pemberian bantuan persekolahan yang mengutamakan golongan berpendapatan rendah.

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohd Ali Hassan berkata agihan kedua-dua bantuan itu sewajarnya melibatkan pelajar daripada keluarga berpendapatan kurang RM3,000.

Pada Jumaat, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membentangkan Bajet 2017 mengumumkan bahawa pemberian bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar dan memanfaatkan 3.5 juta murid.

Mohammad Ali menjelaskan, prinsip yang sama perlu ditekankan dalam pemberian kad debit kerana khuatir jika ia tidak dikawal, pemberian itu akan disalahgunakan.

"Saya risau jika kemudahan yang diberikan kepada pelajar berkemampuan ini  akan digunakan untuk perkara yang tidak penting, walhal objektif utama pemberian kad debit itu adalah untuk kegunaan pendidikan sahaja," jelasnya.

Kad debit pelajar yang bernilai RM250 adalah untuk kegunaan yang pelbagai seperti pembelian buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet, bakal memanfaatkan 1.3 juta pelajar.

Setakat ini, kebanyakan cadangan dan harapan oleh PIBGN tercapai seperti peruntukan bagi penjawat awam, perumahan dan khususnya pendidikan.

"Peruntukan bagi pendidikan pada tahun ini tidak dikurangkan dan ia sesuatu yang baik kerana pelaburan sumber kemahiran dan kepakaran manusia penting untuk menjamin negara terus melangkah sebagai negara maju, bertamadun serta peradaban tinggi," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.