Peminjam Ah Long Diminta Dapatkan Bantuan PPIM - Semasa | mStar

Peminjam Ah Long Diminta Dapatkan Bantuan PPIM

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta peminjam yang mempunyai masalah dengan syarikat pinjaman wang atau dengan 'Ah Long' supaya mendapatkan bantuan pihaknya bagi memantau pembayaran balik pinjaman.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya akan memberikan bantuan dengan memantau pembayaran balik pinjaman setiap bulan oleh peminjam kepada pemberi pinjaman wang untuk mengelakkan mereka daripada dieksploitasi dan  ditipu.

"Pinjaman wang ini boleh mengenakan faedah paling tinggi sebanyak 18 peratus sahaja... kalau dibiarkan, mereka akan mengenakan caj sesuka hati mereka kerana ada dalam kalangan mereka memang suka menipu orang," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini pada Selasa.

Nadzim berkata pihaknya telah menerima lebih 10,000 aduan berhubung masalah mangsa yang berhutang dengan Ah Long sejak empat tahun lepas.

Justeru, beliau meminta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil tindakan tegas dengan penubuhan pasukan khas untuk mengawasi lebih 4,000 syarikat pinjaman wang yang terdapat di seluruh negara daripada mengeksploitasi peminjam wang.

Beliau turut menasihati individu yang terdesak untuk membuat pinjaman dengan 'Ah Long' supaya menyimpan rekod dan membawa saksi ketika melakukan setiap transaksi dan tandatangan supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

"Ini kerana terdapat kes melibatkan akaun milik peminjam yang ditahan oleh pemberi pinjaman digunakan untuk transaksi pemindahan pengubahan wang haram tanpa pengetahuan pemilik akaun sehingga didakwa di mahkamah," katanya. - BERNAMA

Ah Long , PPIM

Artikel Sebelum

Individu Bawah Pengawasan Mati Ditembak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain