suria

Rafidah Bimbang Kenyataan Hapus Legasi

PETALING JAYA: Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz melahirkan kebimbangan terhadap individu yang membuat kenyataan untuk memusnahkan warisan tertentu.

"Adakah kita mengamalkan pendekatan Osama bin Laden dan Taliban?" katanya menerusi akaun Facebook Rafidah Aziz Malaysian Citizen.

Rafidah berkata beliau rasa terganggu dengan tindakan, pendapat, kenyataan dan komen daripada beberapa pihak sama ada dari dalam atau di luar kerajaan dan politik.

Katanya ada pihak yang mengeluarkan kenyataan untuk memusnahkan patung lama di Kuala Lumpur selain gesaan untuk merobohkan struktur simbolik - helang di Langkawi.

"Ada juga seseorang yang telah pun mencadangkan supaya kerajaan merobohkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) jika mahu memadamkan legasi Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya tanpa menyebut sebarang nama.

KLCC dibina semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri (1981 hingga 2003).

"Menara Berkembar itu bukan warisan peribadi Tun, tetapi warisan kolektif kerajaan pada masa itu, yang mewakili sejauh mana kita telah muncul sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan turut diakui dunua," katanya.

Pada Khamis, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kerajaan boleh merobohkan KLCC jika mahu memadamkan legasi Dr Mahathir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain