suria

Najib Rakam Penghormatan Kepada Raja Bhumibol

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan penghormatan kepada Raja Thailand Bhumibol Adulyadej yang mangkat pada Khamis, dengan menyatakan raja yang sangat disayangi itu telah memainkan peranan penting dalam kestabilan Thailand.

Beliau berkata kejayaan berterusan Thailand akan bergantung pada perpaduan rakyatnya.

"Saya akan merakamkan ucapan takziah secara langsung kepada kerajaan(Thailand)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-60 Universiti Teknologi Mara, pada Jumaat.

Najib berkata Malaysia akan menghantar wakil peringkat tinggi pada upacara pemakaman jasad raja itu.

Raja Bhumibol, yang memerintah Thailand selama 70 tahun selepas menaiki takhta pada 1946, mangkat pada 3.52 petang Jumaat di Hospital Siriraj, seperti diumumkan oleh Biro Diraja Thailand.

Baginda berusia 89 tahun.

Artikel Lain