suria

Selangor Kemuka Bantahan cadangan Persempadanan Semula

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengemukakan bantahan terhadap cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata bantahan itu diserahkan oleh Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei di pejabat SPR Selangor di sini petang tadi.

"Bantahan itu dilakukan bagi mempertahan hak demokrasi pengundi Selangor berdasarkan kuasa Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, Bahagian II, Seksyen 5," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Antara bantahan yang dikemukana kerajaan Selangor adalah syor persempadanan semula SPR tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan, kegagalan keadilan asasi, kegagalan memberikan maklumat penuh yang diperlukan, dan masa tidak mencukupi bagi kerajaan negeri untuk mengkaji impak hasil daripada persempadanan semula.

Mohamed Azmin turut menggesa SPR meneliti semua bantahan yang diterimanya bagi memastikan integriti suruhanjaya itu terjamin dan konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain