Penjual Gaharu Mengaku Tidak Bersalah Beri Rasuah Inspektor Polis - Semasa | mStar

Penjual Gaharu Mengaku Tidak Bersalah Beri Rasuah Inspektor Polis

ALOR SETAR: Seorang penjual gaharu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memberikan rasuah berjumlah RM500 kepada seorang inspektor polis, November tahun lalu.

Lau Ah Hock, 52, didakwa memberikan rasuah itu kepada seorang inspektor polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Ibu Pejabat Polis Kulim sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan ke atas tertuduh yang menjalankan kegiatan judi loteri awam tanpa lesen.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Perniagaan Gaharu Soon Lee Huat, No 287 A, Jalan Aman, Kulim pada 4 Nov 2015, lebih kurang 3.35 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM A. Hafiizh Abu Bakar menawarkan jaminan RM10,000 ke atas tertuduh, bagaimanapun peguam tertuduh, Jailani Mahamad memohon agar jaminan minima diberikan kepada anak guamnya.

Peguam tertuduh memaklumkan, anak guamnya perlu menyara empat anak dan isterinya serta ibu tertuduh berusia 70 tahun yang baru sahaja kakinya dipotong kerana mengalami diabetes.

Hakim Zanol Rashid Hussain membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Oktober sebagai tarikh sebutan kes. - BERNAMA

inspektor polis , penjual gaharu , rasuah

Artikel Sebelum

37 Rumah Rosak Dilanda Ribut

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain