Permata Tidak Audit Akaun Sendiri - Rizal Mansor - Semasa | mStar

Permata Tidak Audit Akaun Sendiri - Rizal Mansor

KUALA LUMPUR: Program Permata Negara (Permata) menegaskan sebagai sebuah agensi persekutuan, ia tidak mengaudit akaunnya sendiri, sebaliknya pengauditan akaun Permata diteliti penuh Jabatan Audit Negara dan dimasukkan dalam Laporan Audit Negara setiap tahun. 

Justeru, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyifatkan laporan Roketkini, portal berita pro DAP, bahawa akaun Permata tidak dibentang pada sesi lawatan beberapa wakil rayat parti itu ke Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Kerinchi semalam, sebagai tidak jujur.

"Sesi lawatan itu bukan sesi pengauditan akaun, sebaliknya ia adalah sesi penerangan program dan kejayaan dicapai agensi itu.

"Juga dibentang (pada lawatan itu) ialah perbelanjaan program Permata termasuk jumlah perbelanjaan dan bagaimana pembelanjaan tersebut diagihkan," kata Rizal, yang juga pegawai khas kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada Khamis, beberapa wakil rakyat DAP iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), Damansara Utama Yeo Bee Yin, Adun Subang Hannah Yeoh, Adun Pulau Tikus Yap Soo Huey dan Anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming mengunjungi PAPN itu.

Rizal berkata, berikutan lawatan itu pihaknya berbesar hati dengan kesimpulan dibuat pemimpin DAP bahawa program Permata yang dinaungi Rosmah memberi manfaat kepada masyarakat.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil rakyat DAP termasuk Yeo Bee Yin, Hannah Yeoh, Ong Kian Meng dan ADUN Penang Yap Soo Huey kerana sudi melawat ke Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Kerinchi semalam. 

"Pemimpin daripada Barisan Nasional yang turut hadir termasuk ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad dan Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie," katanya.

Rizal berkata, beliau telah meletakkan syarat kepada Yeo untuk mengadakan sidang media selepas lawatan itu dan menjelaskan isu-isu yang telah dibangkitkan berkaitan projek-projek kontroversi melibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Kehadiran Yeo dan rakan-rakan membuktikan bahawa mereka menerima syarat yang saya nyatakan. Namun begitu, semalam Yeo hanya menyerahkan kertas 10 mukasurat kepada saya tanpa sebarang penjelasan. 

"Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa DAP tidak ada monopoli dalam mencari ketelusan," katanya. - Bernama

Permata , Rizal Mansor

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Yeo Masih Boleh Melawat Permata - Rosmah

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain