"Saya Tidak Terlibat" - Anifah - Semasa | mStar

"Saya Tidak Terlibat" - Anifah

Anifah Aman.

KOTA KINABALU: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menyangkal dakwaan bahawa beliau dan bahagian partinya mempunyai kaitan dengan dua pegawai kanan kerajaan di Sabah yang disiasat kerana didakwa salah guna kuasa.

Dakwaan ini adalah tidak munasabah sama sekali dan palsu.

"Umno Kimanis dan saya tidak terlibat atau terbabit sama sekali dalam kes yang sedang disiasat," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Anifah, yang juga Ketua Umno Bahagian Kimanis dan Anggota Parlimen Kimanis berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kenyataan berbaur fitnah itu terus disiarkan.

Beliau juga menasihatkan rakyat supaya biarlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan tugasnya dengan adil dan betul tanpa sebarang campur tangan.

Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman memuat naik dalam media sosial bahawa pengarah sebuah agensi kerajaan yang disiasat oleh SPRM ialah Bendahari Umno Kimanis, Datuk Mohd Rizal Abdullah alias Raymund Godfrey.

Bagaimanapun, beliau kemudian menarik balik posting itu dan memohon maaf bahawa Bendahari Umno Kimanis itu bukan suspek.

Dua pegawai kanan kerajaan - seorang pengarah dan seorang timbalan pengarah ialah antara empat suspek yang ditahan SPRM untuk membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.

SPRM merampas wang tunai lebih RM114.5 juta dalam serbuan di pejabat dan rumah suspek-suspek tersebut yang kini direman sehingga 11 Oktober untuk membantu siasatan. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain