Dua Ditahan Terlibat 'Pasport Terbang', Permit Kerja Palsu - Semasa | mStar

Dua Ditahan Terlibat 'Pasport Terbang', Permit Kerja Palsu

JOHOR BARU: Jabatan Imigresen menahan dua lelaki - salah seorang daripada mereka adalah warga Indonesia kerana terlibat dalam sindiket 'pasport terbang' dan memalsukan permit pekerja asing.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul berkata warga Indonesia berumur 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di Kampung Bendahara kira-kira pukul 9.15 malam pada Rabu.

"Kami merampas lapan pasport Indonesia, komputer riba, pencetak, cop imigresen palsu, pelekat palsu untuk permit pekerja dan kad palsu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)," katanya.

Sementara itu katanya, pada kira-kira pukul 11.15 malam hari yang sama, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan di Jalan Bentara Luar di Polo Park Garden di sini kerana terlibat dalam sindiket pasport palsu dan 'pasport terbang'.

"Suspek ditahan berdasarkan siasatan yang dijalankan lima hari sebelum ini," kata Masri dalam satu kenyataan Khamis.

Jabatan itu merampas cop palsu, tiga pasport Filipina, dua pasport Taiwan, dua pasport Vietnam, empat pasport Mesir, komputer riba dan sebuah kereta Proton Persona, katanya.

'Terbang pasport' adalah satu muslihat oleh ejen dan majikan untuk melanjutkan pas lawatan sosial pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Artikel Sebelum

1MDB: Nasib Rafizi 14 November Depan

Artikel Berikut

Azizan Dapat 'Doktor' Luar Negara

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain