Puak Temiar Terus Membantah Aktiviti Pembalakan - Semasa | mStar

Puak Temiar Terus Membantah Aktiviti Pembalakan

Kumpulan pembalak berdepan dengan penduduk orang asli yang menghalang aktiviti pembalakan dekat kawasan Hutan Simpan Balah. Beberapa anggota polis berada di lokasi kejadian.

GUA MUSANG: Puak orang asli Temiar terus mengadakan sekatan dekat hutan simpan Balah bagi menghalang aktiviti pembalakan di kawasan itu sejak minggu lalu selain menamakan lokasi terbabit sebagai Kampung Blockade (sekatan).

Kira-kira 200 penduduk berkumpul di kira-kira 10 kilometer dari kawasan pengumpulan kayu balak dan mereka membina pusat kawalan untuk melakukan pemeriksaan selain menghalang lori yang membawa balak keluar dari kawasan tersebut.

Malah orang luar yang memasuki kawasan tersebut termasuk media diminta memberikan butiran peribadi manakala beberapa penduduk orang asli bersedia untuk mengambil gambar dan video pengunjung luar.

Wakil penduduk tersebut, Limit Lias berkata, penduduk kampung sudah penat mengalah dan menjadi mangsa keadaan pada setiap masa.

"Kali ini kami bersatu untuk mempertahankan kawasan kami dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kami juga menamakan kawasan sekatan ini sebagai Kampung Blockade," katanya.

Seorang daripada pemimpin puak tersebut, Azmi Badol berkata, mereka berjaya menghalang tiga buah lori yang mengangkut balak daripada meninggalkan kawasan itu.

Selain itu, Azmi menjelaskan, pihaknya hanya berunding dengan kerajaan negeri Kelantan.

"Kami berbesar hati jika Menteri Besar dapat hadir melihat sendiri kemusnahan yang berlaku di sini.

"Kami tidak boleh lagi bertolak ansur. Kami meminta arahan menghentikan aktiviti pembalakan dikeluarkan dan satu panel ditubuhkan untuk menilai kemusnahan tersebut," katanya sambil bertegas bahawa kesemua penduduk bersedia untuk ditahan pihak polis.

Minggu lalu, timbul kekecohan antara penduduk orang asli dengan kumpulan pembalak sehingga memaksa campur tangan daripada pihak polis.

Insiden itu tercetus apabila pihak orang asli tidak membenarkan lori balak keluar dari hutan tersebut manakala kumpulan pembalak mengancam untuk merobohkan sekatan terbabit.

Temiar , Hutan Balah , Pembalakan , Kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain