Bukan Dasar MIC Letak Anak Tempatan Sebagai Calon - Dr Subramaniam - Semasa | mStar

Bukan Dasar MIC Letak Anak Tempatan Sebagai Calon - Dr Subramaniam

SUNGAI SIPUT: Bukan dasar MIC meletakkan anak tempatan sebagai calon untuk bertanding di kawasan masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kata Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata ini kerana dasar itu dilihat tidak praktikal jika dilaksanakan di semua tempat memandangkan hanya segelintir pemimpin tempatan yang layak diletakkan sebagai calon.

"Itu bukan dasar MIC, mungkin di beberapa tempat boleh dilaksanakan tapi bukan semua tempat boleh kita letak anak tempatan sebagai calon, bagaimanapun terpulang kepada pemimpin untuk memilih.

"Bagi MIC dasar itu tidak praktikal kerana kita perlu melihat kepada kebolehan mereka...sekiranya ada calon yang layak boleh kita lakukan tapi sekiranya ada pemimpin lain yang lebih layak kita akan memilih mana yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-70 MIC di Dewan Konvensyen di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata MIC sedang giat memperkukuhkan kedudukan mereka di pentas politik Perak bagi memenangi kesemua kerusi yang bakal ditandingi parti itu pada PRU-14.

Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti dua elemen penting untuk mendekati masyarakat India, sekali gus meraih kepercayaan mereka terhadap parti itu.

"Kami telah mengenal pasti dua tumpuan pembangunan dalam membawa masyarakat India ke hadapan..pertama, meningkatkan taraf pendidikan dan kedua, kemajuan ekonomi.

"Kami akan memberi tumpuan untuk mengoptimumkan kedua-dua tonggak itu melalui pelbagai program yang akan dilaksanakan MIC dan kerajaan dalam usaha menyelesaikan semua masalah yang dihadapi masyarakat (India)," katanya.

Dr Subramaniam turut mengingatkan pemimpin di peringkat akar umbi supaya memastikan gerak kerja yang dijalankan dapat diperkemas dan diperkasakan lagi. Ini termasuk melakukan pendaftaran pengundi serta memastikan semua anggota MIC menjadi pengundi dan menyokong Barisan Nasional (BN) supaya sekiranya pilihan raya diadakan dalam masa terdekat parti itu telah bersedia sepenuhnya,kata beliau.-Bernama

MIC , Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Artikel Sebelum

Yeo Masih Boleh Melawat Permata - Rosmah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain