Kertas Siasatan EimaRace 2016 Dijangka Ke Jabatan Peguam Negara Minggu Depan - Semasa | mStar

Kertas Siasatan EimaRace 2016 Dijangka Ke Jabatan Peguam Negara Minggu Depan

KUANTAN: Siasatan berkaitan kemalangan pada Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan (EimaRace) 2016 hampir selesai dan dijangka dapat diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada minggu depan.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya telah merakamkan percakapan isteri mangsa Siti Suhaiza Seman, 38, pada tiga hari lepas, manakala keterangan pihak terlibat EimarRace 2016 diambil pada peringkat awal siasatan.

Keterangan itu termasuklah daripada pihak penganjur iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pemandu dan Persatuan Sukan Permotoran (MAM) yang mengendalikan aspek keselamatan litar perlumbaan, katanya. 

"Kita juga telah menerima minit mesyuarat dan dokumen berkaitan daripada MAM. Semua akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. 

Pada EimarRace 2016, penyelia kilang Izwan Isa, 39, dan anaknya Nur Zulaikha, 5, yang menonton EimarRace 2016 maut akibat dirempuh sebuah kenderaan jenis go-kart yang terbabas selepas bergesel dengan dua kenderaan lain. 

Kemalangan pada 11.30 pagi 25 Sept di Jalan Sukpa Indera Mahkota di sini, juga menyebabkan Siti Suhaiza dan anak sulung mereka Muhammad Izz Daniel, 7, cedera. -- Bernama 


EimaRace , UTM , Jabatan Peguam Negara , go-kart

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AAM Ambil Alih Tanggungjawab MAM

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.