Ahmad Zahid Minta Anggota Mubarak Dekati Golongan Muda - Semasa | mStar

Ahmad Zahid Minta Anggota Mubarak Dekati Golongan Muda

Ahmad Zahid bersama Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman ketika majlis pecah tanah Wisma Mubarak dan projek komersial di Sentul, Khamis.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu anggota Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak)  mendekati golongan muda dan mendaftar mereka sebagai pengundi.

Beliau berkata adalah juga penting untuk anggota Mubarak memainkan peranan memberi penjelasan kepada golongan itu tentang perancangan yang mahu dilakukan kerajaan.

Katanya golongan muda terutama pengundi kali pertama mahukan perkara yang baharu dan mahu tahu hala tuju yang akan dibawa kerajaan.

"Mereka (golongan muda) mahu nostalgia dan sejarah lampau... dianggap sebagai kenangan sahaja. Anggota Mubarak mempunyai peranan penting mendekati mereka dan menjelaskan kepada mereka mengenai betapa pentingnya sejarah dan pada masa yang sama apakah hala tuju dan rancangan yang dibawa kerajaan untuk masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah bangunan Wisma Mubarak di Jalan Sentul, di sini, Khamis.

Turut hadir ialah Presiden Mubarak Tan Sri Abdul Aziz Rahman.

Beliau berkata anggota Mubarak mempunyai pengalaman luas sebagai wakil rakyat dan mereka harus mengggunakan pengalaman itu untuk memberi penjelasan yang lengkap kepada golongan muda.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata anggota Mubarak merupakan golongan yang masih diperlukan, dan sehubungan itu mereka tidak sepatutnya merasakan diri mereka dipinggirkan.

"Mereka yang memasuki usia emas pasti merasa sensitif terutamanya mereka yang berumur 70 tahun, 80 tahun serta 90 tahun. Yang berumur 90 tahun ni selalu bernostalgia (menceritakan mengenai apa yang dilakukan dulu) seolah-olah dialah sahaja yang terbaik.

"Saya tak merujuk kepada sesiapa dalam perkara ini... sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Kalau dah tiada jawatan dan kedudukan duduk diam-diam jangan kacau yang di bawah," katanya secara sinis yang merujuk kepada perkembangan politik semasa yang melihat terdapat bekas pemimpin parti politik cuba menyemai kebencian terhadap kepimpinan negara.

Timbalan perdana menteri berkata kerajaan akan terus memberi bantuan kepada bekas wakil rakyat yang menghadapi masalah kewangan dan sebagainya, termasuk dari parti pembangkang kerana kerajaan berlaku adil kepada semua pihak.

Ahmad Zahid berkata beliau akan menyampaikan permintaan Mubarak berhubung  bantuan kewangan untuk pembinaan bangunan Wisma Mubarak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.-- Bernama

Ahmad Zahid Hamidi , Mubarak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain