APM Hadapi Detik Cemas Tangkap Ular Sawa Batik 100 Kg - Semasa | mStar

APM Hadapi Detik Cemas Tangkap Ular Sawa Batik 100 Kg

- Gambar hiasan
KEMAMAN: Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berdepan saat mencemaskan apabila seekor ular sawa batik seberat 100 kilogram bertindak agresif ketika cuba menangkap haiwan tersebut di Taman Fikri dekat sini malam Ahad.

Ketua Skuad APM Ahmad Zaquan Aziz berkata pada mulanya ular sawa sepanjang 3.6 meter itu cuba menyerang dan membelit anggota APM yang ingin menangkapnya di dalam longkang berhampiran kawasan perumahan itu selepas menerima maklumat awam pada pukul 9.35 malam.

"Tiga anggota kita mengambil masa selama 10 minit untuk menumpaskan ular sawa tersebut.

"Agak sukar untuk kita menangkap ular itu dengan keadaan gelap serta ruang yang sempit serta ular yang turut bertindak agresif. Namun dengan kepakaran yang ada kita berjaya menangkap haiwan tersebut," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Ahmad Zaquan berkata pihaknya percaya ular tersebut datang dari kawasan paya berhampiran untuk mencari makanan di kawasan sekitar sebelum bertembung dengan sekumpulan remaja yang menemuinya bersembunyi di dalam longkang.

Katanya, ular berkenaan kini disimpan pihak APM sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) atau dilepaskan ke habitat asalnya.
sawa batik , APM , Taman Fikri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Wan Kuzain sertai latihan skuad Sukan SEA