Pinjaman Rumah 35 Tahun Memadai - BNM - Semasa | mStar

Pinjaman Rumah 35 Tahun Memadai - BNM

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) berkata tempoh pinjaman perumahan maksimum selama 35 tahun adalah lebih daripada mencukupi untuk peminjam menyelesaikan bayaran mereka sehingga tempoh persaraan.

Menurut BNM pada Selasa sekiranya pinjaman perumahan ditawarkan ketika usia peminjam 25 tahun, tempoh pembiayaan selama 35 tahun akan dilanjutkan ke usia persaraan 60 tahun.

"Selain itu, melanjutkan tempoh pembiayaan kepada 40 tahun akan menambah kos keseluruhan pembiayaan tanpa menambah baik kemampuan ansuran bulanan peminjam," katanya.

BNM merujuk kepada cadangan media untuk mengkaji semula garis panduan pemberian pinjaman berhubung lanjutan tempoh pembayaran balik pinjaman daripada 35 tahun kepada 40 tahun.

Katanya institusi kewangan akan terus memberi pinjaman kepada individu yang berkemampuan untuk memohon pinjaman tersebut termasuk bagi pembelian rumah pertama mereka.

Kira-kira 75 peratus peminjam (anggaran 1.5 juta peminjam) dengan pinjaman perumahan membabitkan pembeli rumah pertama.

"Akses kepada pembiayaan bukan masalah utama dihadapi bakal pembeli rumah mampu milik. Isu utama yang memerlukan jalan penyelesaian adalah kemampuan dan kekurangan rumah pada harga berpatutan," katanya.

pinjaman rumah , BNM

Artikel Sebelum

Standard Madu Kelulut Siap Jun 2017

Artikel Berikut

Pemilik Perlu Tahu Sebut Harga Baiki Kereta

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain