Video Bekas 'Superman DAP' Dakwa Kit Siang Gunakan Tun M Viral - Semasa | mStar

Video Bekas 'Superman DAP' Dakwa Kit Siang Gunakan Tun M Viral

Paparan skrin video.
PETALING JAYA: Sebuah video menunjukkan bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yau mendakwa Lim Kit Siang menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan perdana menteri mendapat perhatian ramai.

Dalam video yang disiarkan di laman Facebook MyNation News pada Isnin, Kuan Yau, yang dikenali sebagai 'Superman' kerana gemar memakai baju-T dengan logo adiwira tersebut menggunakan ungkapan 'qi ma sa ji' yang bermaksud 'tunggang kuda untuk bunuh ayam'.


"Kami menggunakan Mahathir untuk membunuh ayam," katanya dalam klip video 43 saat itu, mendakwa bahawa penasihat DAP itu telah mencari pelbagai cara untuk 'menyelamatkan Malaysia' termasuk menggunakan bekas perdana menteri.

"Kami (DAP) menyelamatkan Mahathir dan kami menggunakan beliau sebagai alat untuk mengalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak," dakwanya.

Kuan Yau mendakwa Kit Siang telah menggunakan Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia bagi kempen Selamatkan Malaysia.

"Jika anda mahu saya diam, saya hanya akan lebih kuat bersuara, hanya selepas itu anda akan takut," katanya.

Bagaimanapun, tidak jelas mesej itu ditujukan kepada siapa.

Kuan Yau, Ketua DAP Teluk Intan mengumumkan keluar parti pada bulan Julai dengan menyatakan bahawa langkah itu adalah untuk 'gambaran besar' DAP.

Beliau berkata, musuh politik DAP telah menggunakannya sebagai alasan untuk menyerang parti, sambil menambah kata-kata beliau telah diputar belit oleh 'cybertrooper'.

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Wan Kuzain sertai latihan skuad Sukan SEA