Solat Jenazah Ghaib Untuk Allahyarham Haron Din - Jamil Khir - Semasa | mStar

Solat Jenazah Ghaib Untuk Allahyarham Haron Din - Jamil Khir

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyeru agar seluruh umat Islam di Malaysia mengadakan solat jenazah ghaib buat Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia di Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Jamil Khir dalam satu kenyataan meminta agar solat jenazah ghaib itu dibuat sebaik sahaja mendapat maklumat bahawa segala urusan berkaitan di sana (AS) telah disempurnakan.

Beliau turut menyarankan agar semua masjid utama dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dapat melaksanakan solat jenazah ghaib itu.

"Saya juga memohon kerjasama Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri agar dapat meminta seluruh masjid di negeri masing-masing untuk bersama melaksanakan solat jenazah ghaib," katanya.

Beliau turut berharap supaya seluruh anggota keluarga Allahyarham bersabar dan tabah dengan ujian ini serta berdoa agar rohnya dicucuri rahmat.

Bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hasan Din yang merupakan adik kepada Allahyarham ketika dihubungi Bernama memaklumkan, setakat ini keluarga arwah belum membuat memutuskan sama ada untuk membawa balik jenazah atau menguruskan pengebumian di sana.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) selepas dimasukkan ke Hospital Stanford University, San Francisco, bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya. - BERNAMA 

Haron Din , solat jenazah ghaib

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PM, TPM Urus Jet Bawa Pulang Jenazah Haron Din

Artikel Berkaitan

Ooi Hadir Beri Keterangan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia