Wanita Ganggu Konvoi Sultan Johor Dipenjara 5 Bulan - Semasa | mStar

Wanita Ganggu Konvoi Sultan Johor Dipenjara 5 Bulan

JOHOR BAHRU: Akibat sengaja menghalang tugas anggota polis dengan tidak memberi kerjasama apabila diarah memberi laluan kepada konvoi Sultan Johor, seorang tukang masak pada Selasa dijatuhkan hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Alias menetapkan hukuman itu sebagai pengajaran kepada Nur Haslinda Abdullah, 29, agar tertuduh lebih menghormati dan tidak melanggar arahan pihak berkuasa.

Beliau memerintahkan hukuman penjara itu dilaksanakan mulai pada Selasa.

Nur Haslinda didakwa menghalang tugas anggota polis dengan tidak memberi kerjasama apabila diarahkan memberi laluan kepada konvoi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar ke Mersing di KM12 Jalan Tebrau-Kota Tinggi, di sini, kira-kira 4.30 petang, 9 Sept lepas.

Dia juga malah sengaja memecut kenderaannya hingga hampir melanggar sebuah motosikal pengiring, sebelum akhirnya berjaya ditahan di sebuah kawasan.

Nur Haslinda dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan.

Dalam satu lagi pertuduhan di bilik mahkamah berasingan, Nur Haslinda turut dijatuhkan hukuman penjara sehari serta denda RM5,000 oleh Majistret Salina Omar selepas mengaku bersalah memandu secara melulu dan membahayakan orang ramai, pada hari kejadian (9 Sept).

Salina turut mengarahkan tertuduh agar dipenjara lapan bulan, sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Beliau juga memutuskan Nur Haslinda hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun dan didenda sehingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang dua tahun dan lesen percubaan dibatalkan.

Tertuduh yang hadir di mahkamah bersama suami tidak diwakili peguam manakala pendakwaan kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Arifin. - BERNAMA

Sultan Johor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain