Rumah Sekeluarga Musnah Terbakar Di Pagi Raya - Semasa | mStar

Rumah Sekeluarga Musnah Terbakar Di Pagi Raya

Mangsa kebakaran Zacharia (kanan) dan isterinya Salmah (kiri) sekadar mampu merenung rumah mereka yang terbakar di pagi Aidiladha di Kampung Bukit Chabang pada Isnin. Foto Bernama

PADANG BESAR: Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Hari Raya Aidiladha bertukar pilu apabila rumah mereka musnah dijilat api di Kampung Bukit Cabang di sini, pagi Isnin.

Kejadian pada 8.20 pagi itu, memusnahkan sepenuhnya rumah Zacharia Bahari, 56, dan isterinya Salmah Salma Ab Rahman, 53.

Salmah berkata ketika kejadian, beliau bersama suaminya baru selesai menunaikan solat sunat Aidiladha dan sedang mendengar khutbah di Masjid Bukit Cabang, manakala anak perempuannya berada di rumah. 

"Tiba-tiba dari luar masjid, saya terdengar jiran saya menjerit ada kebakaran. Saya fikir orang sedang bakar sampah tetapi jiran datang dan beritahu rumah saya terbakar," katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Bukit Cabang.

Salmah berkata, dia dan suaminya bergegas pulang ke rumah, namun sebaik tiba, kediaman mereka sudah hampir separuh dijilat api.

"Anak perempuan saya yang ketika itu berada di luar rumah, berkata dia terdengar bunyi letupan dan menyangka guruh. 

"Namun apabila dia memeriksa di dalam rumah, baru dia perasan barang dalam rumah termasuk lauk rendang yang sudah siap dimasak rentung," kata Salmah.

Anaknya, Sharizal Zacharia, 35, berkata dia juga gagal menyelamatkan dua motosikal yang diletakkan berhampiran rumah kerana api begitu marak.

"Saya cuba masuk untuk ambil barangan termasuk wang tunai RM600 tetapi api terlalu marak dan bahang haba terlalu panas. Peti sejuk, telefon bimbit, televisyen dan dua motosikal jenis Yamaha dan Honda Wave turut musnah," katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.26 pagi, dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar tiba di kawasan berkenaan 10 minit kemudian.

"Api begitu marak sehingga memusnahkan rumah berkenaan. Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 9.26 pagi. Punca dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain