MB Perlis Ucap Tahniah Buat Ridzuan - Semasa | mStar

MB Perlis Ucap Tahniah Buat Ridzuan

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi

KANGAR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man hari ini mengucapkan tahniah kepada dua atlet negara yang menyumbang pingat emas di Sukan Paralimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, pada Sabtu.

Menurutnya, kejayaan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang meraih pingat emas pertama negara diikuti Muhammad Ziyad Zolkefli wajar diraikan kerana sangat membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

"Tahniah dan terima kasih kepada pelari pecut Perlis, Mohamad Ridzuan yang memenangi pingat emas acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy) sekali gus memecah rekod Sukan Paralimpik. 

"Sekalung tahniah juga buat Muhammad Ziyad atas kejayaan mencipta rekod baharu dunia untuk acara lontar peluru F20 lelaki," kata Azlan menerusi catatan di laman Facebooknya pada Ahad.

Azlan kini berada di Arafah bagi menyempurnakan ibadah haji.

Dalam acara yang berlangsung di Stadium Olimpik itu, Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07 saat, sekali gus memadam rekod Sukan Paralimpik terdahulu milik Roman Pavlyk dari Ukraine iaitu 12.25s yang dilakukan di Beijing pada 2008.

Kejayaan Mohamad Ridzuan, 28, kemudiannya disusuli kejayaan Muhammad Ziyad melalui acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran) yang mencipta rekod baharu dunia dengan jarak 16.84m, mengatasi rekod lama 16.29m milik Todd Hodgetts dari Australia yang dilakukan di Sukan Paralimpik London 2012. - BERNAMA

Paralimpik , Menteri Besar Perlis

Artikel Sebelum

MARA Digital Bakal Dibuka Di Pulau Pinang

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain