suria

SPRM Buru Sembilan Pengarah Syarikat

PETALING JAYA: Sembilan pengarah syarikat yang dipercayai proksi suspek utama kes penipuan melibatkan firma minyak mencecah RM7 juta sedang diburu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber memberitahu The Star, individu terlibat yang juga pengarah di sembilan syarikat dikatakan sedia maklum mengenai dana yang dipindahkan ke akaun syarikat terlibat.

"Siasatan mendapati RM7 juta telah disalurkan secara berperingkat ke akaun syarikat yang didakwa digunakan suspek utama melibatkan projek bernilai RM76 juta yang dikenali sebagai Lekas 3 di Melaka antara 2011 dan 2013," kata sumber itu.

Sumber itu menambah, suspek akan ditahan dalam masa terdekat.

Menerusi tangkapan terkini, bekas akauntan yang mempunyai jaringan dengan kontraktor utama projek itu telah ditahan SPRM di Putrajaya pada 12.30 tengahari Rabu.

Wanita berusia dalam lingkungan 40 an itu adalah bekas akauntan kontraktor yang memperoleh projek membina saluran paip itu.

"Dia bekerja di syarikat itu antara 2011 dan 2014, tempoh projek itu sepatutnya dilaksanakan.

"SPRM percaya dia bertanggungjawab menyalurkan dana RM7 juta itu ke akaun terlibat.

"Suruhanjaya juga dalam proses untuk memastikan sama ada dia juga sedia maklum atau terlibat secara langsung menerima habuan itu," kata sumber itu lagi.

Sebelum ini, antara 25 Ogos dan 2 September, sembilan lagi suspek yang mempunyai kaitan dengan kes itu telah ditahan.

Dilaporkan SPRM mempercepatkan proses siasatan kes itu kerana wujudnya dakwaan salahguna kuasa melibatkan projek berkenaan.

SPRM telah membekukan 17 akaun bank melibatkan RM5.5 juta dan merampas seunit rumah dua tingkat, beberapa kederaan mewah termasuk empat Rolls-Royce dan Ferrari dan dua motosikal.

Pengarah urusan syarikat minyak dan gas didakwa menerima rasuah daripada sub kontraktor yang dilantik berdasarkan invois palsu untuk projek bernilai RM76 juta itu.  

SPRM, Lekas 3, Melaka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kecoh Ada Pocong Di Jeli

Artikel Lain