suria

Tiga Juta Umat Islam Mula Penuhi Kota Makkah

MAKKAH: Hampir tiga juta umat Islam dari seluruh dunia mula memenuhi kota Makkah menjelang 9 Zulhijah pada Ahad ini sempena kemuncak ibadat haji yang juga rukun kedua ibadat haji.

Ketika ini jemaah haji menyempurnakan rukun umrah bagi mereka yang memilih haji tamatuk manakala yang memilih haji ifrad, mereka melaksanakan tawaf qudum.

Rabu ini adalah penerbangan terakhir kedatangan umat Islam untuk mengerjakan haji bagi musim ini.

Hampir 22,320 umat Islam dari Malaysia turut menjadi tetamu Allah bagi musim haji 1437 Hijrah.

Cuaca panas kering dengan suhu 45 darjah Celsius tidak menghalang jemaah mengerjakan tawaf di Baitullah.

Menurut Pengarah Urusan Destinasia Tavels, Haji Aminuddin Ab Rahman, jemaah dinasihatkan agar banyak minum air dan tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas demi menjaga kesihatan menjelang wukuf.

Destinasia mengendalikan seramai 200 jemaah dan ketika ini menginap di Hotel Zewar Al Mashaer sehingga 15 Zulhijah bersamaan 16 September iaitu selepas melontar jamrah.

Selepas itu jemaah akan berpindah ke hotel berhampiran Masjidil Haram bagi menyempurnakan rukun haji seterusnya iaitu tawaf haji dan saie haji.

Makkah, Haji, Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain