Cucu Bekas TPM Sertai Parti Bersatu - Semasa | mStar

Cucu Bekas TPM Sertai Parti Bersatu

Tariq Ismail
PETALING JAYA: Walaupun tidak mendapat sokongan penuh daripada keluarganya, Tariq Ismail, cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, telah menyatakan hasratnya untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Ketika dihubungi, Tariq berkata, isterinya menjadi satu-satunya insan yang menyokong keputusannya.

"Ibu bapa saya sedang berfikir tentang hal ini, kakak saya minta saya berhati-hati dan bapa saudara saya (bekas ahli Umno, Taufiq Ismail) mungkin tidak menyukainya.

"Tetapi ia benar-benar tidak menjadi masalah kerana fahaman politik kami tidak akan mengganggu hubungan keluarga. Keluarga adalah keluarga, apa-apa sahaja selain itu akan diletak tepi," katanya.


Datuk Tariq, Tun Dr Ismail, dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 1970 oleh perdana menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein.

Beliau meninggal dunia tiga tahun kemudian akibat serangan jantung.

Mengenai sebab-sebab beliau ingin menyertai Bersatu, Tariq berkata ia adalah satu-satunya parti terbaik yang menunjukkan kemajuan pada masa ini.

"Semuanya kerana perkembangannya. Saya tidak bersetuju dengan apa yang berlaku dalam Umno kerana mereka kini hilang arah. Mereka merosot.

"Tidak pernah ada suara yang boleh memberitahu orang Melayu bahawa perkembangan bukanlah satu perkara yang tidak baik. Ia adalah mengenai membebaskan minda Melayu," katanya, sambil menambah beliau telah bercakap dengan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjelaskan bahawa parti Bersatu adalah parti yang melakukan perubahan institusi dan akan kembali kepada semangat Perlembagaan.

Tariq berkata beliau tidak mempunyai dendam peribadi terhadap kepimpinan Umno sekarang.

"Saya tidak menentang mereka secara individu, tetapi dasar-dasar dan pendirian mereka," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bank Negara Kekalkan OPR Pada 3.00 Peratus

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia