Militan Indonesia Di Syria Arahkan Serangan Di Malaysia - Semasa | mStar

Militan Indonesia Di Syria Arahkan Serangan Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Polis sedia maklum mengenai militan Indonesia di Syria kini mempengaruhi penyokong IS warga Malaysia supaya melancarkan serangan di beberapa sasaran di negara ini.

Menurut Bahagian Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman, anggota militan Bahrum Shah dikesan mengarahkan serangan ke atas kepentingan Barat tertentu, kerajaan dan pasukan keselamatan.

Ketuanya, Datuk Ayob Khan berkata demikian dalam ucapannya sempena Simposium Keselamatan Asean IACSO di sini, Selasa.

Ayob kemudiannya memberitahu pemberita bahawa polis dimaklumkan mengenai Bahrum mempunyai banyak dana.

"Bila anda banyak dana, anda boleh melancarkan serangan dengan skala besar. Jika anda lihat seperti al-Qaeda sebelum ini, wang masuk ke Malaysia dari Afghanistan digunakan untuk membiayai serangan bom di Bali.

"Jika wang datang dari Syria, dalam jangka pendek, mereka akan melancarkan serangan besar. Ini yang menjadi kebimbangan kita. Kita perlu menyekat saluran meeka," katanya.

Menurut satu laporan Jakarta Post, Bahrum Shah dipercayai merupakann komander kepada Katibah Nusantara, sebuah kumpulan yang disertai penyokong IS warga Indonesia dan Malaysia yang dibentuk pada 2014.

Ayob turut menamakan Bahrun Naim dan Abu Jandal sebagai dua lagi militan rakyat Indonesia yang mengarahkan serangan di rantau ini.

IS , Ayob Khan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Azmin Gembira Anwar-Mahathir ‘Berdamai’

Artikel Berkaitan

Pengakuan Bekas Militan IS

Tujuh Ahli Kumpulan Al-Qaeda Digantung Mati

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!