Tun M - Anwar Bertemu Selepas 18 Tahun - Semasa | mStar

Tun M - Anwar Bertemu Selepas 18 Tahun

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin membuat kejutan apabila buat pertama kali bersemuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas lebih 18 tahun tidak bertemu.

Kali terakhir kedua-duanya dilihat bersama pada September 1998 selepas Dr Mahathir yang ketika itu merupakan perdana menteri memecat Anwar yang menjadi timbalannya.

Anwar dipecat pada 2 September 1998 berikutan dakwaan salah laku seks.

Pertemuan bersejarah itu berlaku apabila Dr Mahathir hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bagi memberi sokongan permohonan injuksi sementara yang difailkan oleh Anwar bagi menghalang pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara.

“Pertemuan pertama selepas 18 tahun 2 hari... sejak 3 September 1998,” demikian menurut ‘posting’ Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di akaun Facebook milik ketua pembangkang itu pada petang Isnin.

Beberapa gambar Dr Mahathir dan Anwar dilihat bersalaman turut dimuat naik. 

Kedua-duanya dilihat memberikan senyuman mesra semasa bertegur sapa di mahkamah.

Dr Mahathir yang bukan lagi ahli Umno kini menerajui usaha penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), parti politik yang bakal memberi saingan kepada Barisan Nasional (BN) bersama gabungan pembangkang lain pada pilihan raya umum nanti.


Dr Mahathir Mohamad , Anwar Ibrahim

Artikel Sebelum

Tetap Duduki UPSR Walaupun Patah Paha Kiri

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain