Bukit Aman Gagalkan Plot Serang Batu Caves, Pusat Hiburan - Semasa | mStar

Bukit Aman Gagalkan Plot Serang Batu Caves, Pusat Hiburan

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu yang disyaki terlibat dengan militan Negara Islam (IS) yang merancang untuk melakukan serangan ke atas pusat-pusat hiburan, sebuah kuil Hindu di Batu Caves dan balai polis.

Ketiga-tiga mereka merancang untuk menyerang lokasi sasaran menggunakan bom dan senjata api pada malam sambutan Hari Kebangsaan.

Mereka ditahan oleh Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman di sini, Selangor dan Pahang antara 27 dan 29 Ogos.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketiga-tiga suspek telah menerima arahan daripada militan IS Mohamad Wanndy Mohamad Jedi.

"Suspek pertama - seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan di Selangor pada 27 Ogos dengan bom tangan K75 dan sepucuk pistol serta peluru 9mm.

"Kami percaya dia mendapat senjata daripada orang tengah," kata Khalid dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu dua lagi suspek berusia 27 dan 20 tahun ditahan pada 29 Ogos.

"Mereka merancang untuk ke Syria selepas berjaya menyerang sasaran," katanya.

Militan IS , Negara Islam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain