Pembantu Peribadi 'Datuk' Didakwa Subahat Kes Bunuh Kayong - Semasa | mStar

Pembantu Peribadi 'Datuk' Didakwa Subahat Kes Bunuh Kayong

Bill Kayong

MIRI: Pembantu peribadi kepada seorang lelaki bergelar 'Datuk' didakwa di Mahkamah Majistret Miri berhubung kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri Bill Kayong.

Chin Wui Chung, 50, didakwa bersubahat dengan Lie Chang Loon, Datuk Lee Chee Kiang, yang masih bebas, dan Mohamad Fitri Pauzi, dalam pembunuhan itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan.

Lie, 39, didakwa mengikut seksyen sama Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Miri pada 15 Julai manakala Lee dilaporkan melarikan diri ke Australia dari Singapura pada 3 Julai.

Polis telahpun mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan Lee, yang dipercayai menjadi dalang pembunuhan itu.

Fitri, 29, didakwa di mahkamah sama pada 15 Julai mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan tenang ketika jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Pendaftar Mahkamah Rendah Nuur Hafiza Yatim yang kemudiannya menetapkan 23 September untuk sebutan semula.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izzat Wan Abdullah mewakili pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Ranbhir Singh Sangha.

Chin menyerah diri di Balai Polis Miri pada 18 Ogos jam 4.50 petang dengan ditemani peguamnya.

Selain Lee, yang merupakan pemilik syarikat perladangan, polis turut mengesan seorang lelaki berumur 35 tahun, pemilik sebuah pusat karaoke.

Kayong, 43, yang nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah, mati ditembak di dalam kenderaan Toyota Hilux kepunyaannya kira-kira 8.30 pagi pada 21 Jun di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasaraya E-Mart di Jalan Miri-Bintulu, Lutong.

PKR , Bill Kayong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Jeneral Bank' Ditahan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa