suria

Kebajikan Rakyat Didahulukan, Tiada Kompromi Isu Keselamatan - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan sentiasa mendahulukan kebajikan dan kepentingan masyarakat dan pada masa sama tidak berkompromi terhadap isu keselamatan dan keamanan negara.

Perdana menteri berkata sejak 59 tahun meraih kemerdekaan, gagasan demi gagasan, rancangan demi rancangan dan tidak terhitung dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan dalam membina kejayaan negara.

Beliau menarik perhatian bahawa pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam tempoh enam dekad dulunya bermula hanya daripada kampung-kampung kecil, pedalaman dan perdesaan.

"Sekarang Alhamdulillah, kita mampu berdiri sama tinggi dalam kalangan negara-negara yang pesat membangun di dunia," katanya ketika menyampaikan Amanat Merdeka 2016 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam Selasa.

Majlis itu dikelolakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). - BERNAMA

Artikel Lain