Cederakan Kekasih, Warga Ethiopia Didenda RM3,000 - Semasa | mStar

Cederakan Kekasih, Warga Ethiopia Didenda RM3,000

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar warga Ethiopia didenda RM3,000 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini Selasa kerana menyebabkan kecederaan ke atas teman wanitanya.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mahir Mustafa Mohammed, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas warga Kazakhstan, Sokovola Ella, 23, dengan menggunakan botol kaca.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kelab Prime, Tingkat 32, Wisma Goldhill, Jalan Raja Chulan, di sini, pada 4.30 pagi, 15 Ogos lepas.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Aftal Mariz Mohamed memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal.

Peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili tertuduh memohon supaya anak guamnya dikenakan denda minimum dengan alasan tertuduh adalah seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta dan mahu menyambung pengajian ke peringkat sarjana. - BERNAMA

warga Ethiopia , penjara

Artikel Sebelum

Husam Umum Sertai Amanah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain