suria

Tamrin Ghafar Tidak Akan Sertai Parti Baharu

Tamrin Abdul Ghafar
KUALA LUMPUR: Tamrin Abdul Ghafar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba, mengesahkan beliau tidak akan menyertai parti baharu yang sedang diusahakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tamrin dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata selain itu, beliau juga telah menarik diri daripada Sekretariat Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya dua keputusan tersebut dibuat setelah memikirkannya dengan teliti.

"Keputusan ini adalah muktamad dan berkuat kuasa hari ini," kata Tamrin.

Katanya buat masa ini beliau tidak menyertai mana-mana parti politik selepas keluar daripada PAS pada 2014.

Muhyiddin pada 9 Ogos lepas menyerahkan permohonan bagi mendaftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain