Lebih Dua Juta Bakal Manfaat LRT3 Jajaran PJ-Shah Alam- Klang - Semasa | mStar

Lebih Dua Juta Bakal Manfaat LRT3 Jajaran PJ-Shah Alam- Klang

SHAH ALAM: Lebih dua juta penduduk di bandar utama seperti Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang bakal dihubungkan menerusi projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) menjelang 2020.

LRT3 sepanjang 37 kilometer itu boleh membawa lebih ramai penumpang berbanding pengangkutan awam lain di kawasan barat Lembah Klang dengan kadar 36,720 penumpang setiap arah pada setiap jam.

Projek yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan mempunyai 26 stesen, termasuk sebuah stesen bawah tanah.

"Kita sedar ini dituntut oleh rakyat kerana mobiliti untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat amat diperlukan.

"Saya yakin banyak manfaat akan diterima dengan projek ini," katanya pada majlis pelancaran LRT3 di Stadium Malawati di sini, Rabu.

Projek LRT3 yang dimiliki Prasarana Malaysia Berhad itu dijadual bermula pada awal 2017 dan dijangka siap pada 31 Ogos 2020 dengan kos yang dihadkan iaitu RM9 bilion.

Selain itu, menurut Prasarana, lima daripada 26 stesen LRT3 yang akan dibina itu nanti akan diintegrasikan dengan pemindahan perkhidmatan yang sedia ada atau baharu.

Menerusi integrasi di tempat-tempat tersebut, LRT3 dijangka mengurangkan kesesakan lalu lintas, meningkatkan mobiliti pekerja dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu sekitar Lembah Klang menjelang penyiapannya pada 2020.

Artikel Berikut

Bukan Ular Tedung Peliharaan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain