suria

Ringgit Lemah Tidak Jejas Pelawat Malaysia Ke AS

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Ringgit yang lemah berbanding dolar tidak mematahkan semangat rakyat Malaysia untuk melawat atau belajar di Amerika Syarikat, demikian menurut Timbalan Ketua Misi Kedutaan AS, Edgard Kagan. 

Beliau menyatakan hampir 82,000 rakyat Malaysia melawat negara itu pada 2015, dan angka itu meningkat lebih 70 peratus dalam tempoh lebih 10 tahun lalu.

"Ketika semakin ramai rakyat Malaysia mengenali budaya, lanskap dan kemesraan Amerika Syarikat, kami yakin bilangan pelancong Malaysia ke Amerika Syarikat akan terus meningkat," kata beliau. 

Beliau bercakap pada sidang akhbar di sini, Isnin mengenai penyertaan AS di Pameran Persatuan Agen-agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) 2016 buat kali kedua.   

Hawaii adalah antara destinasi yang akan ditonjolkan di pameran 2-4 September itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Bernama

ringgit

Artikel Lain