PKR Sedia Berunding Agihan Kerusi Dengan Bersatu - Semasa | mStar

PKR Sedia Berunding Agihan Kerusi Dengan Bersatu

SHAH ALAM: PKR akan mengadakan perbincangan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenai kerusi yang akan ditandingi pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 nanti, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Timbalan Presiden PKR itu, tiada apa yang menghalang mana-mana pihak daripada membentuk barisan pembangkang di peringkat kebangsaan dan perkara berkaitan agihan kerusi akan ditangani.

"Ini adalah tentang pertimbangan serta perbincangan dan bukannya perebutan kerusi.

"Kenapa ada banyak kebimbangan mengenai Parti Bersatu? Apabila sesuatu kerusi ditubuhkan, ia pasti akan bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada media selepas mempengerusikan perhimpunan bulanan kerajaan negeri di sini, Isnin.

Azmin mengulas kenyataan Presiden penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Ahad bahawa parti baru merancang untuk bertanding di beberapa kawasan PAS dan PKR.

Menurut Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri, pihaknya akan berunding dengan kedua-dua parti berkenaan.

Ketika ditanya sama ada PKR bersedia untuk melepaskan kerusi kepada Bersatu, Azmin berkata perkara itu akan dibincangkan sambil menambah bahawa PKR telah melalui proses yang sama apabila ia ditubuhkan pada tahun 1999.

"Kami berbincang dengan DAP, PAS dan beberapa parti politik lain dan dengan persetujuan bersama, kami berjaya mendapatkan beberapa kerusi.

"Jadi saya rasa proses ini akan dibincangkan kemudian (dengan Bersatu)," katanya.

Azmin Ali , Muhyiddin Yassin

Artikel Berikut

Nawawi Mohon Keampunan Agong

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan